Hi!
Hari ni I nak cerita tentang pengalaman I naik turun bas(bukan naik turun bas macam senaman naik tangga or sewaktu dengannya ye.)
Alkisahnya, I dan geng kolej I telah dihantar ke cerok hulu tempat jin bertendang iaitu CYBERJAYA unutk latihan industri. Okeh..okeh..perumpaan macam sangat melampau, but walau cerok hulu its stil CYBERJAYA-MSC status kan? So bangga kejap sebab dapat praktikal di sana, bak kata orang yang hantar we all ke sana tu, "you should be proud that your college have choose to send you there for your practicum as all the companies there are MSC status companies".
Mula-mula, Abah yang hantar setiap hari. Shif I mula pukul 9am till 6pm. So bangun pon pukul 6am, bersiram, berdandan-(words yang diguna old skool tak, huhuhu), dan sempat bersarapan. At 8am dah terpacak depan ofis sambil memicit-micit doorbell so staf kat dalam tahu yang interns dah sampai and they all harus tolong adik-adik interns yang comel dengan buka pintu ofis. Bunyi macam layanan best je kan? But the truth is, interns tak diberi access card so tiap kali nak masuk ofis kene minta staff yang ada di dalam untuk bukakan pintu.
Sampai la bulan ketiga, abah kata pergilah kamu ke ofis dengan menaiki bas yang indah itu. I ingat naik 1 or 2 bas je. tapi, rupa-rupanya 4 a.k.a EMPAT BAS! Pfft! Awat la banyak bas cheq kena nek?
Mula-mla, dari rumah kena jalan kaki about 5 minutes or maximum 10 minutes if jalan macam itik pulang petang. Sampai kat hujung jalan, berdepan dengan SMK Puchong Utama, di situlah tempat menunggu bas yang tercinta iaitu T515 Puchong Utama-Pulau Meranti. Sampai di Puchong Utama, tunggu pula bas U60 Puchong Utama-Pasar Seni. Turun di sama ada di bus stand dihadapan Tesco atau IOI, dan pergi ke seberang jalan (awas! Gunakan jejantas ye anak-anak. Sayangi nyawa anda, kita hidup cuma sekali!).
Disini pula tempat untuk menunggu bas U43 Bandar Utama-Putrajaya Sentral. Sampai di Putarajaya Sentral, maka haruslah berlari dan beratur di hadapan bas U429 Putrajaya Sentral-Cyberjaya. Sebab kenapa kena berlari ialah, orang akan berebut-rebut untuk naik bas dulu so boleh dapat seat. Bas dari sini selalunya full, dan waktu pagi mesti packed macam tin sardin cam ayam. But pagi-pagi sesak macam ni takpe lagi sebab semua bau harum je. Cuba waktu balik ofis, petang. Fuhh! Bau tungkik, kepam semua ada. Perfume natural la katakan, hehehe. Bas U429 inilah yang menghantar I ke ofis.
Yang bestnya, semua bas yang disenarai disini, kecuali U60, kekerapan dia sejam sekali. tapi kadang-kadang sampai 2 3 jam sekali pun ada! Bas U429 pula, setiap kali hujan, jangan la korang pasang angan-angan untuk dapat seat dan lelapkan mata. Setiap kali hujan, seat dia akan buat party ayor- bumbung bocor dan hampir semua seat basah sebab ada air terjun magik dari atas bumbung! Bas U43 pula, hampir semua penumpang knal driver-driver dia. Korang boleh tengok makcik pakcik, kakak abang nih semua borak dengan driver bas macam kenal lama. Ala-ala macam mesyuarat tetangga dan tetingkap.
Adesss, macam-macam lagi nak di story. Tapi dah mengantuk tahap dewa.
So, buhbye!


