Friday, June 11, 2010

Kehilangan

Baru kelmarin aku tengok Lagenda Budak Setan. Walaupun banyak yang berbeda dari novel asal, dan filem itu tak merangkumi semua yang terkandung dalam karya agung Ahadiat Akashah itu, ia masih mampu memberi impak pada sesiapa yang menontonnya.

Babak terakhir dimana Ayu pergi menemui sang pencipta dunia amat meruntun jiwa. Dengan lagu yang menjadi latar kepada babak itu, sungguh, hati jadi sayu.

Entah kenapa sejak dari tu, setiap kali terdengarkan lagu itu, hati mula pilu. Mungkin hanya mainan perasaan kan?

Hari ini, si dia dikejutkan dengan berita pemergian datuk tercinta. Sekarang si dia sedang dalam perjalanan menuju ke kampung untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kali terakhir, ketika si dia mengkhabarkan berita pemergian datuknya, aku juga hiba. Tidak semena, bait-bait lagu dari filem Lagenda Budak Setan seakan bermain di cuping telinga. Airmata tak dapat lagi ditahan.

Aku juga sudah kehilangan banyak insan yang tersayang. Tapi bukan itu sebab air mata ini berlinangan menuruni pipi.

Aku sayu bila memikirkan bahawa manusia tidak mampu menduga apa yang bakal terjadi. Aku juga, mungkin sesaat selepas menulis entry ini, aku akan pergi menemui illahi atau masih bernafas di bumi ini. Entah esok atau lusa, atau bila-bila sahaja akan ada orang yang aku kasihi pergi menyahut panggilan Illahi. Dan yang membuat aku lebih pilu, jika aku tidak sempat berjumpa dan bermesra, berbaik dan bermaafan, menabur bakti serta membahagiakan orang-orang yang aku kasihi sebelum aku atau mereka 'pergi'.

Manusia mudah alpa. Sering kali terlupa bahawa dunia hanya pinjaman sementara, dan akhirat itu yang kekal selamanya.Mereka mencari keseronokan dunia, keseronokan yang sementara dan hanya membawa bencana. Contoh sudah ada didepan mata. Sumbang mahram, maksiat dan zina, kes pembuangan bayi, dan di atas desakan untuk terus menikmati nikmat dunia yang fana, ada yang menderhaka pada ibubapa, sanggup memukul malah membunuh ibubapa serta orang tua. Banyak lagi yang boleh dibangkitkan. Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.

Cuma, alangkah kesal dan terkilan rasa hati andai saat-saat atau waktu-waktu terakhir bersama orang-orang yang tersayang dan tercinta tidak aku gunakan dengan sebaik mungkin. Malah lebih menyedihkan jika aku selalu menambah duka dihati mereka ini?

Pepatah ada mengatakan, kita tidak akan sedar apa yang ada didepan mata, apa yang kita ada, sehinggalah kita kehilangannya.

Aku ingin sekali membahagiakan mereka hingga akhir usia. Insya'allah..

Sunday, June 6, 2010

Kenapa saya sayang dia?


  1. Sebab dia suka melawak- walaupun kadang-kadang lawak dia memang tak masuk akal.
  2. Sebab dia tegas dengan saya (huh! kadang-kadang je..hehehe)
  3. Sebab dia selalu ada dengan saya, thru thick and thin, ups and down...
  4. Sebab dia terima saya seadanya
  5. Sebab dia suka buat saya ketawa.
  6. Sebab dia suka buat saya geram.
  7. Sebab dia suka buat saya nangis.
  8. Sebab dia suka buat saya tertungg-tunggu.
  9. Sebab dia suka debat dengan saya.
  10. Sebab dia selalu bagi nasihat eventhou dia lebih muda.
  11. Sebab dia suka buat surprise.
  12. Sebab dia suka dengar cerita saya.
  13. Sebab dia tahan bebelan saya.
  14. Sebab dia tahan mendengar suara saya yang amat 'merdu' menyanyi tiap kali naik kereta.
  15. Sebab dia selalu ikut pilihan saya bila tonton wayang bersama.
  16. Sebab dia suka setiap lagu yang saya suka (most of it..huhuhu).
  17. Sebab dia sentiasa layan ayat merapu yang keluar dari mulut saya bila bergayut di tengah malam.
  18. Sebab dia akan bagi 'piggy back ride' bila saya sakit kaki iap kali keluar dating.
  19. Sebab dia akan suap saya makan walaupun seribu mata yang memandang
  20. Sebab dia akan menyanyi lagu cinta untuk saya walaupun depan orang ramai.

Banyak lagi sebab kenapa saya sayang dia....
But i love him unconditionally...


Thursday, June 3, 2010

Perihal teksi

Semalam dah penat cerita tentang bas awam, hari ni nak cerita tentang teksi pula. Kebetulan, kelmarin dan semalam I ada menggunakan khidmat teksi, but cerita dia sama je.

Kelmarin I bawa mama ke IOI, saja jalan-jalan. Had lunch at Wendy's then off we go to Pasaraya Hero!! Dari stesen bas, we all kena naik teksi untuk ke Hero. Dan memang dah jadi kebiasaan, banyak abang-abang dan pakcik-pakcik teksi yang duduk melepak menunggu penumpang di depan kawasan stesen bas tu. Tapi AWAS! Walaupun teksi ni semua macam teksi biasa dan normal pada luarannya- contoh seperti gambar di bawah yea:


Harus ada meter tambang yek pakcik-pakcik teksi sekalian.


Paling terbaru yang nilah- TEKSI INI MENGGUNAKAN METER. TAWAR MENAWAR DILARANG.

Kena highlight yang MENGGUNAKAN METER!!!

So, back to my story. I pun pergi la ke arah teksi-teksi yang bersidai di tepi jalan ni dengan mama. Sampai je kat situ, ada pakcik ni tanya nak pergi mana. Mama pun cakap la nak ke Hero (jarak dalam 200m je dari tempat teksi ni). Pakcik tu dengan selamba cakap,"Boleh, RM10 je." I rasa macam nak hampuk je pakcik ni. Suka-sukik dia je bagi tambang macam tu. Tapi mama i cakap naik je sebab takut lambat balik rumah. BUt hati wa sangat panas la bro. Wa pikir dia orang tua je. If tak..adoiii....!!!

Scene 2, I balik dari interview tadi ingatkan sempat la nak kejar bas nak balik ke rumah. Sekali i sampai je kat stesen bas, bas baru je blah.Agak kecewa la kan. Tapi dengan harapan untuk sampai cepat ke rumah ku yang indah, I pergi kat tempat teksi bersidai, sama tempat macam scene 1 tadi.
So I tanya kat abang teksi (bukan orang yang sama dalam scene 1 ye), "Abang, nak ke .......(tempat harus dirahsiakan) berapa ye?". 

Jarak antara stesen bas dengan rumah I dalam 150m je, kalau naik teksi biasa yang kita kena tahan kat tepi jalan tu dan PAKAI METER, tambang yang I kena bayar selalu tak lebih dari RM4. 

Tapi abang teksi ni selamba jawab,"RM8 je dik". 

I pun apa lagi, dengan selamba juga i cakap kat abang tu,"dari saya bazir RM8 bayar tambang teksi untuk jarak sejengkal dua nih, baik saya eksesais, jalan kaki. Mekaseh banyak le abang ooii". Geram siot!!

So, apa la motifnya ditampal macam-macam pelekat yang kononnya teksi gunakan meter, tambang tak boleh tawar menawar, peraturan untuk pemandu teksi yang ditampal pada cermin tingkap penumpang bahagian belakang dan sebagainya. 

Apa kejadahnya semua ini? Apakah sekadar mahu menghias teksi tersebut lalu ditampal seberapa banyak sticker yang mampu ditampal? Atau sekadar nak melepaskan batuk ditangga?

Apa-apa pun, sangat mengecewakan!

Wednesday, June 2, 2010

Mari belajar menikam kawan anda

1. rapat dengan seseorang yang sebelum nih anda tak pernah rapat.

2. tengok kawan-kawan orang tu pula, berbaloi untuk ditikam atau dilaga-lagakan sama sendiri tak?

3. mulakan operasi baik di depan tapi mulut longkang di belakang orang yang kita rasa dah mula dapat kepercayaan dia.

4. jauhkan dia atau jarakkan hubungan dia dengan kawan-kawan lama dia, yang lebih lama kenal dan berkawan dengan dia, yang lebih rapat dengan dia tu lagi la kena jauhkan.

5. Cuba jadi seperti kawan baru anda. tiru semua gaya dia, beli semua pakaian atau apa saja sama seperti dia punya. kalau boleh brand dan harga juga sama ye.

6. cuba jadi seperti dia. ini termasuklah rapat dengan kawan-kawan baik dia. tunjukkan yang anda memang rapat dengan mereka, dan tunjuk pada mereka yang anda lebih kenal dan memahami kawan baru anda tadi. kalau boleh, biar mereka rasa yang mereka sendiri tidak begitu mengenali kawan baik mereka itu.

7. mulakan atau timbulkan satu isu. kalau boleh yang agak sensitif. tapi kalau isu kecik pun boleh. ikut citarasa anda, sama ada anda dramaqueen atau orang yang cintai kesederhanaan.

8. timbulkan isu itu dengan kawan baru anda. beritahu si dia bahawa anda memahami perasaannya dan mahu sedarkan si dia bahawa kawan-kawan baik si dia itu sebenarnya banyak bercerita di belakang si dia. buat sedramatik yang boleh, lagi bagus kalau anda boleh menangisi 'nasib malang' kawan baru anda tu (tapi ingt, nasib malang tu mesti direka oleh anda ye..)
Reka cerita buruk tentang kawan baru anda, dan terangkan pada si dia bahawa anda mengetahui cerita ini dari kawan-kawan baik beliau.

9. kemudian, beralih pula pada kawan-kawan baik si dia. ceritakan perkara-perkara buruk yang anda reka pada mereka, dan beritahu bahawa anda mengetahui cerita ini dari si dia. kalau boleh, buat sampai mereka ini hilang kepercayaan pada si dia. lagi bagus kalau mereka ini putuskan persahabatan dan beralih, berkawan dengan anda.

10. cerita pada semua orang yang mengenali anda tentang keburukan (anda harus mereka-reka semua ini) si dia. Tambah pula dengan cerita tentang pengorbanan anda, pertolongan anda pada si dia yang tak terkira. kalau boleh tunjukkan kesedihan yang mendalam seperti menangis, kalau boleh meraung lagi bagus semasa bercerita supaya nampak cerita anda lebih 'real'.

11. teruskan mereka cerita sehingga orang disekeliling mempunyai tanggapan buruk pada si dia. buat sehingga si dia hilang kawan. anda juga tidak boleh bertegur dengan si dia.

TAPI KALAU SI DIA MASIH MEMPUNYAI SEGOLONGAN SAHABAT YANG MASIH BERDIRI DIBELAKANGNYA, WALAUPUN ANDA TELAH MENYEBARKAN BERBAGAI CERITA BURUK YANG DIREKA, MAKNANYA ANDA TIDAK BERJAYA UNTUK MENJADI PENIKAM BELAKANG YANG SUKSES. ANDA HARUS MENDALAMI ILMU MENIKAM BELAKANG YANG LEBIH HEBAT.

DAN ANDA HARUS LAH SENTIASA BERINGAT TENTANG HUKUM KARMA. WHAT YOU GIVE, YOU WILL CERTAINLY GET IT BACK, MIGHT BE EVEN WORST THAN THE PERSON YANG ANDA ANIAYAI.

DAN ANDA HARUS SENTIASA SEDAR DIRI BAHAWA ANDA HAMBA ALLAH YANG HINA LAGI KEJI, MUNGKIN ORANG YANG DIFITNAH DAN DIANIAYA TAK DAPAT MEMBALAS PERBUATAN ANDA..TAPI ALLAH SENTIASA ADA UNTUK MEMBANTU HAMBA TERANIAYA.

Bas oh bas!-part 2

Part 1 dah selesai. Kini, Part 2 pula...
Sejak tinggal di Puchong, BAS merupakan pengangkutan awam yang paling penting dalam hidup kami semua. Nak ke 7E pon kne naik bus, nak pergi ATM pon kene naik BAS. Kira semua kena naik BAS lah. Seronok sebenarnya naik bas atau mana-mana pengangkutan awam yang lain. Seriously, i would rather use all the public transport but as for these reasons, kena pikio balik worth it or not to use the public transport..:

Bawah ni semua salah dari company bas tu sendiri ye...

  1. KEBOCORAN! Apa perasaan korang bila naik bas dengan semangat waja, (tak kisah la nak ke ofis, sekolah, rumah sedara atau sekadar suka-suka nak bersiar naik bas) pakai baju cantik-cantik, liplap-liplap, hensem-hensem, tiba-tiba ada ayor menitik tanpa henti kat kepala dan baju/ badan korang? Mesti la agak geram kan?? Cuba korang perhatikan, apa yang menitik tu...jeng..jeng..jeng..!!! Ayor dari aircond!! If aircond je bocor takpe la kan, boleh dimaafkan. TAPI..!! Tiba-tiba hujan turun lebat pulak, dan ayor yang menitik tadi pun makin laju dan makin banyak macam hujan kat luar bas tu. Cuba korang perhatikan diatas kepala korang lagi sekali..Rupa-rupanya...ayor hujan lak yang menitik sebab BUMBUNG BAS BOCOR jugak!! Adoi, sapa nakjawab tu??
  2. Sound system semulajadi. Tiap kali tengok Overhaulin or Pimp My Ride, mesti rasa bengang sebab jeles kat mamat or minah yang dapat ubahsuai kete diorang secara free- body cat baru, interior baru, tayar baru, rim baru...sound system yang macam nak bagi kita sedar yang kita ni tak pekak sebenarnye..beul tak? Ingat kete je ada sound system yang best?? Bas pun ada tau! Contohnya, korang duduk kat tepi Sogo ke, Pertama ke, Kota Raya ke..tak pun, KLMU pun boleh. Korang bukak telinga dan mata besar-besar dan perhatikan setiap bas yang lalu. Sambil-sambil tu korang nak makan jajan pun okeh jugak. tak perlu tunggu lama, setiap setengah jam mesti korang akan dengar dan nampak bas dengan bunyi macam roket nak berlepas, kete F1 yang semput, motosikal berkuasa tinggi tapi bersaiz bas lalu depan korang. Bingit telinga wa beb! Sumpah tak tipu...
  3. DRIVER. Banyak dah pengalaman dengan driver yang tak berapa nak berhemah di jalan raya ni. Entah bila nak berubah..nak tunggu sampai berkhemah dalam lokap agaknya..!! KES 1: Bas menghala ke KL, melalui Jalan Klang Lama. Penumpang tak ramai, and ada sorang indian girl dengan berselera sekali makan kuih kat depan I, sebelah dia ada seat kosong yang pisahkan dia dengan sorang mamat indonesia. Tengok dia makan, perut pun tiba-tiba gedik..laparrrrrrrrr!!! Tapi bukan itu yang nak di cerita okeh. Sampai di traffic light, driver tu brek mengejut! Indian girl tadi pun bergerak ke arah mamat indon tu dek kerana kuasa brek mengejut tu. I pun lagi sikit je nak jatuh dari seat, menggelongsor you!!!!Nasib baik tak accident. After indian girl tu terpeluk mamat indon tu, dia bangun dan betulkan baju, and sambung makan balik dengan lagi berselera! Tak paham mak! KES 2: Jangan pelik bila tak dilayan oleh driver tu kalau kita tanya tentang direction atau nombor bas untuk ke destinasi yang kita nak tuju. SERIOUSLY selalu jadi kat I. Bila tanya je, dia geleng kepala and blah. GERAM!!! KES 3:  Ada juga driver yang sangat la mesra alam. Dari nama sampai la ke alamat rumah semua dia nak tahu kalau boleh. Jadi jangan hairan and pelik bila tengok diorang boleh borak dengan makcik-makcik yang naik bas ni teng hal ehwal semasa, persiapan puasa dan raya, sampai la ke jualan murah di hypermarket terdekat. KES 4: Baru je jadi hari ni. driver tu boleh singgah kedai tomyam sat, order nasi, suo ekor, telur bistik, ikan kembong tiga rasa bersama fresh orange yang kemudiannya dibungkus. Ingatkan dia yang nak makan. Denga bas yang sarat penumpang, dia boleh lencong dari laluan biasa dan singgah rumah dia dulu...hantar makan kat aweks dowh!! Nak kena siram ayor sirap betul!! MACAm-MACAM ADA!!
  4. KEBERSIHAN. Agree tak yang banyak bas berada dalam keadaan yang agak kotor...?? Dalam banyak-banyak bas yang pernah I naik, Bas Nadi Putra di Putrajaya paling bersih dan boleh dikategorikan sebagak Champion dan patut dilantik sebagai ketua kebersihan bagi bas-bas yang lain.

Yang ini pula dari kesilapan penumpang-penumpang pulak:
  1. Bila kita naik bas waktu pagi, semuanya indah belaka. Boleh bersiul dan anggap diri-sendiri berada di dunia khayalan. Tapi bila petang menjelma, nak tarik nafas pun rasa azab gila. Tak percaya? cubalah rasa! Dengan campuran perfume 'natural' dari setiap mahluk yang ada dalam bas- bukan setakat 'one' drop perfume dah ni, ber'drop-drop' perfume yang agak tungkik dan kepam akan memenuhi segenap ruang dalaman bas itu. Pastinya anda akan memejam mata sambil 'memuji' dalam hati dan berdoa agar mampu untuk mengharungi dugaan hidup!
  2. Kadang-kadang, yang naik bas tiga-empat orang je. Tapi kalau dah ber'geng'-'geng', borak memang maam bapak dia punya bas. Itu belum lagi jawab call, macam nak buat pengumuman anak hilang kat shopping complex je. Sekarang ni pula dah ada trend baru- ku-pasang-mp3-di-handphone-ku-untuk-semua-orang-tahu-aku-boleh-main-lagu-pakai-handphone-ku. Memang bikin hati wa panas! 
  3. Yang ni memang sangat irritating! Setiap bas -selalunyalah, mesti ada seat khas untuk OKU, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengamndung. Tapi nowadays, even kat belakang seat tu dah terang-terang tulis seat khas, people just ignore aje. Pernah sekali tengok seorang makcik kendong anak dia all the from KL to Puchong. Jalan dah la jammed. Yang duduk kat seat khas semuanya lelaki, muda pulak tu. Tapi semua buat muka tak bersalah dan ignore makcik tu.Sangat kesian. If i mampu, I boleh bagi makcik tu duduk. Ini, I sendiri pon berdiri all the way sampai rumah..
  4. Bila seat dah penuh, people mesti bertenggek, penuhkan area depan bas, lebih-lebih lagi tempat laluan untuk ke belakang bas. Muka selamba je blocked laluan tu sedangkan belakang banyak ruang untuk berdiri. Tapi sebab malas dan nak kerja senang. Adoi, mentaliti tak betul!

Banyak lagi rasanya. If you all ada idea, or pernah alami keadaan yang berkaitan dengan bas, boleh la join dengan tambah di ruang KOMEN ye..