Sejak tinggal di Puchong, BAS merupakan pengangkutan awam yang paling penting dalam hidup kami semua. Nak ke 7E pon kne naik bus, nak pergi ATM pon kene naik BAS. Kira semua kena naik BAS lah. Seronok sebenarnya naik bas atau mana-mana pengangkutan awam yang lain. Seriously, i would rather use all the public transport but as for these reasons, kena pikio balik worth it or not to use the public transport..:
Bawah ni semua salah dari company bas tu sendiri ye...
- KEBOCORAN! Apa perasaan korang bila naik bas dengan semangat waja, (tak kisah la nak ke ofis, sekolah, rumah sedara atau sekadar suka-suka nak bersiar naik bas) pakai baju cantik-cantik, liplap-liplap, hensem-hensem, tiba-tiba ada ayor menitik tanpa henti kat kepala dan baju/ badan korang? Mesti la agak geram kan?? Cuba korang perhatikan, apa yang menitik tu...jeng..jeng..jeng..!!! Ayor dari aircond!! If aircond je bocor takpe la kan, boleh dimaafkan. TAPI..!! Tiba-tiba hujan turun lebat pulak, dan ayor yang menitik tadi pun makin laju dan makin banyak macam hujan kat luar bas tu. Cuba korang perhatikan diatas kepala korang lagi sekali..Rupa-rupanya...ayor hujan lak yang menitik sebab BUMBUNG BAS BOCOR jugak!! Adoi, sapa nakjawab tu??
- Sound system semulajadi. Tiap kali tengok Overhaulin or Pimp My Ride, mesti rasa bengang sebab jeles kat mamat or minah yang dapat ubahsuai kete diorang secara free- body cat baru, interior baru, tayar baru, rim baru...sound system yang macam nak bagi kita sedar yang kita ni tak pekak sebenarnye..beul tak? Ingat kete je ada sound system yang best?? Bas pun ada tau! Contohnya, korang duduk kat tepi Sogo ke, Pertama ke, Kota Raya ke..tak pun, KLMU pun boleh. Korang bukak telinga dan mata besar-besar dan perhatikan setiap bas yang lalu. Sambil-sambil tu korang nak makan jajan pun okeh jugak. tak perlu tunggu lama, setiap setengah jam mesti korang akan dengar dan nampak bas dengan bunyi macam roket nak berlepas, kete F1 yang semput, motosikal berkuasa tinggi tapi bersaiz bas lalu depan korang. Bingit telinga wa beb! Sumpah tak tipu...
- DRIVER. Banyak dah pengalaman dengan driver yang tak berapa nak berhemah di jalan raya ni. Entah bila nak berubah..nak tunggu sampai berkhemah dalam lokap agaknya..!! KES 1: Bas menghala ke KL, melalui Jalan Klang Lama. Penumpang tak ramai, and ada sorang indian girl dengan berselera sekali makan kuih kat depan I, sebelah dia ada seat kosong yang pisahkan dia dengan sorang mamat indonesia. Tengok dia makan, perut pun tiba-tiba gedik..laparrrrrrrrr!!! Tapi bukan itu yang nak di cerita okeh. Sampai di traffic light, driver tu brek mengejut! Indian girl tadi pun bergerak ke arah mamat indon tu dek kerana kuasa brek mengejut tu. I pun lagi sikit je nak jatuh dari seat, menggelongsor you!!!!Nasib baik tak accident. After indian girl tu terpeluk mamat indon tu, dia bangun dan betulkan baju, and sambung makan balik dengan lagi berselera! Tak paham mak! KES 2: Jangan pelik bila tak dilayan oleh driver tu kalau kita tanya tentang direction atau nombor bas untuk ke destinasi yang kita nak tuju. SERIOUSLY selalu jadi kat I. Bila tanya je, dia geleng kepala and blah. GERAM!!! KES 3: Ada juga driver yang sangat la mesra alam. Dari nama sampai la ke alamat rumah semua dia nak tahu kalau boleh. Jadi jangan hairan and pelik bila tengok diorang boleh borak dengan makcik-makcik yang naik bas ni teng hal ehwal semasa, persiapan puasa dan raya, sampai la ke jualan murah di hypermarket terdekat. KES 4: Baru je jadi hari ni. driver tu boleh singgah kedai tomyam sat, order nasi, suo ekor, telur bistik, ikan kembong tiga rasa bersama fresh orange yang kemudiannya dibungkus. Ingatkan dia yang nak makan. Denga bas yang sarat penumpang, dia boleh lencong dari laluan biasa dan singgah rumah dia dulu...hantar makan kat aweks dowh!! Nak kena siram ayor sirap betul!! MACAm-MACAM ADA!!
- KEBERSIHAN. Agree tak yang banyak bas berada dalam keadaan yang agak kotor...?? Dalam banyak-banyak bas yang pernah I naik, Bas Nadi Putra di Putrajaya paling bersih dan boleh dikategorikan sebagak Champion dan patut dilantik sebagai ketua kebersihan bagi bas-bas yang lain.
Yang ini pula dari kesilapan penumpang-penumpang pulak:
- Bila kita naik bas waktu pagi, semuanya indah belaka. Boleh bersiul dan anggap diri-sendiri berada di dunia khayalan. Tapi bila petang menjelma, nak tarik nafas pun rasa azab gila. Tak percaya? cubalah rasa! Dengan campuran perfume 'natural' dari setiap mahluk yang ada dalam bas- bukan setakat 'one' drop perfume dah ni, ber'drop-drop' perfume yang agak tungkik dan kepam akan memenuhi segenap ruang dalaman bas itu. Pastinya anda akan memejam mata sambil 'memuji' dalam hati dan berdoa agar mampu untuk mengharungi dugaan hidup!
- Kadang-kadang, yang naik bas tiga-empat orang je. Tapi kalau dah ber'geng'-'geng', borak memang maam bapak dia punya bas. Itu belum lagi jawab call, macam nak buat pengumuman anak hilang kat shopping complex je. Sekarang ni pula dah ada trend baru- ku-pasang-mp3-di-handphone-ku-untuk-semua-orang-tahu-aku-boleh-main-lagu-pakai-handphone-ku. Memang bikin hati wa panas!
- Yang ni memang sangat irritating! Setiap bas -selalunyalah, mesti ada seat khas untuk OKU, orang tua, kanak-kanak dan ibu mengamndung. Tapi nowadays, even kat belakang seat tu dah terang-terang tulis seat khas, people just ignore aje. Pernah sekali tengok seorang makcik kendong anak dia all the from KL to Puchong. Jalan dah la jammed. Yang duduk kat seat khas semuanya lelaki, muda pulak tu. Tapi semua buat muka tak bersalah dan ignore makcik tu.Sangat kesian. If i mampu, I boleh bagi makcik tu duduk. Ini, I sendiri pon berdiri all the way sampai rumah..
- Bila seat dah penuh, people mesti bertenggek, penuhkan area depan bas, lebih-lebih lagi tempat laluan untuk ke belakang bas. Muka selamba je blocked laluan tu sedangkan belakang banyak ruang untuk berdiri. Tapi sebab malas dan nak kerja senang. Adoi, mentaliti tak betul!
Banyak lagi rasanya. If you all ada idea, or pernah alami keadaan yang berkaitan dengan bas, boleh la join dengan tambah di ruang KOMEN ye..
No comments:
Post a Comment