Hi! Hari ni I cuma nak ceritakan tentang nama yang dipilih menjadi URL blog ini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa ERATORA? Kenapa bukan ERAKORA, ERABORA, ERAMORA atau apa-apa saja yang ada RA dihujungnya?
Penah tak korang dengar tentang TORA? Alaa..yang iklan dia bunyi macam ni "Tora datang lagii..."
Ingat tak, sekotak RM0.50 (dulu la, masa zaman kegemilangan power rangers warna pink nama Kimberly tu..).
Dia ada chocolate bulat macam bola, tapi agak bujur sepeket dan mainan yang kecik comel macam kat bawah ni?
Kerah otak korang untuk ingat benda ni cepat!
ini la dia, TORA datang lagi!
mainan dia yang comel sebesar tapak tangan Farhan. Tapi kalau ada imaginasi yang tinggi macam belahan jiwa saya, mesti anggap mainan ni macam helikopter yang lekat kat kepala and boleh buat kita terbang macam Doraemon, kan?
Hurm, so sekarang ni yang apa kena-mengena si Tora ni dengan Eratora tu kan?
Nak dijadikan cerita, adik-beradik dan saudara-saudara I semuanya kreatif belaka. Serious tak tipu okeh. Masa kami masih budak hingusan lagi, ketua geng kami iaitu my sister bagi nama manja untuk kami semua.
- (My big sis) Fathyia = pattaya
- (My aunt yang hanya tua 4 5 tahun dari I) Adah = Adakoda *maybe nak melayukan Anaconda kot?
- (My uncle but sebaya dengan I) Seni = Senok *macam bunyi senduk, kan?
- (My brother) Zul= Joi Kojoi *ala-ala gengster kot, Kojoi=Kojol?? or Kajol??
- (My Lil Sis) Titen = Titen Cotton *huehue, kembar COTTON ON kot? But dulu ejaan cotton tu koten sebenarnya.
- Me, myself and I, Era = ERA TORA!!
Dem!! Kenapa la I dapat Tora datang lagi.. tu??
Serious sangat misteri.
Ish..ini la kebaikannya kalau dapat siblings yang sangat la kreatif dan inovatif.
Masa nak set up blog ni, I kerah otak, memikirkan nama apa yang ala-ala represent myself untuk blog ni. Tiba-tiba teringat memori kanak-kanak dulu.
Terus taip www.eratora.blogspot.com.
So, itu la cerita disebalik nama ERATORA.
Cerita ini tiada kena-mengena dengan Kisah Sang Kancil dan Buaya ye!



No comments:
Post a Comment